Header Ads

Kenali Saya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Nama saya Omar Hishamudin, bakal graduan dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bachelor Sains Teknologi Kayu di Fakulti Perhutanan. Bidang ini telah mengajar saya pelbagai ilmu perhutanan yang sendiri tidak pernah terpikir sebelum ini. Namun begitu, minat saya terhadap perhutanan jatuh ditempat ke-2.

Bermula dengan game DotA masa berumur 8 tahun, saya menjadi tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk menjadikan game saya smooth dan grafik yang berkualiti. Saya mengkaji sendiri sedikit demi sedikit lalu menjadi terlalu obsessed dengan bidang komputer & gaming sejak berumur 12 tahun.

Saya sering mengikuti perkembangan semasa dengan syarikat besar seperti Intel, AMD dan Nvidia serta teknologi-teknologi baru dalam dunia gaming. Kawan-kawan serta saudara-mara sering merujuk dengan saya apabila mereka nak beli perkakasan komputer, dekstop mahupun laptop. Dan apabila komputer mereka hadapi masalah, mereka akan bawa kepada saya untuk rujukan terlebuh dahulu.

Setelah 5 tahun menjadi 'rujukan' diorang, seorang kawan saya cakap "Omar, kau patut buat blog dan kongsikan dengan orang ramai tentang cara untuk beli PC yang sesuai. Sebab kalau mahal sekalipun, belum tentu efficient kerja yang orang nak buat. Kadang-kadang orang boleh overspend".

Waktu tu saya berumur 19 tahun dan tak pandai dalam dunia blogging ni. Sekarang di hujung-hujung umur 23 baru saya nak mula sebab saya sering tengok kawan-kawan saya tersilap beli.

Sila follow blog atau fanpage saya untuk tips-tips memilih dan penjagaan komputer, serta informasi terkini mengenai dunia perkomputeran ;)

Jangan lupa untuk dapatkan promosi terkini di gaming zone !

Nak join Warface dengan saya? Add saya di Warface dengan ID DallZeeno

Let's  move out soldiers !!!

No comments