Header Ads

Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua pembaca.

Seperti yang saya nyatakan di Facebook  yang lepas, saya akan berkongsikan serba sedikit mengenai pemilihan komputer riba @ laptop dalam bahasa yang biasa kita guna dalam kehidupan seharian. Dalam entri bersiri ini, saya akan gunakan beberapa perkataan bahasa inggeris yang lebih dikenali dalam industri teknologi ini.

Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)
Sumber : Wallpaper Cave
Central Processing Unit (CPU) merupakan 'otak' sesebuah komputer, di mana segala aktiviti pemprosesan berlaku di sini. Sewaktu anda ingin membeli laptop, mesti anda akan nampak pelbagai jenis CPU yang dinyatakan di dalam risalah untuk jenama dan model laptop yang tertentu. Yang paling popular di mata kita merupakan siri ix - i3, i5, i7 - dan kebiasaanya kita akan dengar orang sekeliling berpendapat bahawa i7 paling bagus kerana frekuensinya tinggi. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang kita perlu tahu dahulu sebelum membeli i7. Kerana ada i5 yang mampu untuk mengalahkan i7 dari sudut kelancaran laptop beroperasi.

CPU Mana Yang Anda Perlukan?

Okay, mula - mula sekali saya nak mengkelas CPU kepada 4 kategori iaitu :

  1. Gaming atau Workstation
  2. Kerja Harian Multi-Task Berat & Mementingkan Kelajuan
  3. Kerja Harian Multi-Task Biasa
  4. Kerja Harian Ringan, Laptop  Bersaiz Kecil
  5. Laptop Budget, Kerja Biasa
  6. Laptop Murah
Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)

Bagaimana Nak Membaca Nama Model CPU

Setiap kali anda tengok dekat helaian spesifikasi laptop mesti ada nama, nombor dan huruf yang anda mungkin tak pasti apa maksudnya.  Penting ke nak tahu pasal ni? YES ! Sebab ada kawan-kawan saya yang tersalah pilih  produk. Anda bernasib baik kalau promoter kedai benar-benar tahu tentang perkara ini. Sebab saya sendiri pernah uji promoter di sebuah kedai komputer (nama kedai dirahsiakan). Dia memberikan informasi yang salah terhadap pemilihan laptop secara keseluruhan.

Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)
Sumber : Google
Perkataa pertama merupakan jenama CPU itu sendiri, "Intel Core" antara jenama yang paling popular. Terdapat juga CPU Intel yang lain seperti Xeon, Celeron, Pentium dan Atom. Selepas jenama, anda akan lihat siri CPU tersebut seperti i3, i5 i7, m5, x5,  E atau N. Nombor pertama selepas tanda sempang itu merupakan generasi CPU itu. Paling terbaru adalah generasi ke-7, maka nilainya tidak lebih daripada 7. 

Kemudian, anda mungkin akan jumpa kombinasi nombor dan huruf seperti U, Y, HQ atau HK. Nombor itu menandakan jenis SKU itu sendiri manakalah huruf tersebut pula membawa maksud rangkaian atau barisan CPU. Huruf ni sangat penting sebab ia memberitahu berapa banyak watt yang diperlukan oleh CPU.

Apa Beza Core i3, i5 dan i7 ?

Untuk penjelasan yang mudah, semakin kecil nombor, semakin lemah kemampuan dan murah harganya. Kebiasaanya, Intel Core i7 juga sudah lebih daripada mencukupi untuk tugasan harian, melainkan jika anda seorang pengguna tegar untuk kerja-kerja grafik tinggi, software jurutera dan sains dan gaming.

Spesifikasi CPU : Cores, Hyper-Threading dan Kelajuan Frekuensi

Core


Teras atau nama biasa-nya cores, terdapat dalam CPU itu sendiri. Satu core mampu untuk melakukan tugasan sendiri, di mana baki cores yang lain boleh ditugaskan dengan perkara lain. Kebiasaanya CPU mengadungi 2 cores, tetapi kalau CPU berprestasi tinggi mempunyai 4 cores. Kalau nak lebih daripada 4 cores, AMD sahaja ada, Intel belum ada.

Hyper-Threading

Hyper-threading merupakan satu proses dimana CPU akan membahagikan setiap cores kepada virtual cores yang dikenali threads. Kebanyakkan CPU Intel dual-cores mempunyai hyper-threading  sehingga 4 thread. 2 core, 4 thread, bermaksud satu core mempunyai 2 thread. Dah pening ke? Lek lu, tengok gambar kat bawah ni. 
Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)
Sumber : orbitalcomputers.com
Gambar menunjukkan contoh 4-core 4-thread (atas) & 4-core 8-thread (bawah(

Kelajuan Frekuensi @ Base Clock

Diukur dalam unit bacaan gigahertz (GHz). Ia menunjukkan kemampuan kitaran per saat CPU itu. Makin tinggi frekuensi CPU makin bagus. TETAPI, masih ada lagi faktor yang perlu diambil kira untuk kelajuan secara menyeluruh.

Turbo Boost

Kalau sebut 'turbo' ni, saya rasa semua orang tahu untuk apa kan. Macam turbo dekat kereta, untuk tambah lagi kelajuan dia betul tak? Sama juga seperti CPU. Kebanyakkan Core i5 & i7 yang memiliki ciri ini, tetapi i3 tidak. Kalau anda tengok spesifikasi CPU, frekuensi yang tertera adalah frekuensi asas CPU manakala nilai yang tertera lebih tinggi itu frekuensi turbo maksimum.

Cache 

Sedikit RAM (Random Access Memory) yang diletakkan di dalam litar CPU. Digunakan untuk menyimpan maklumat tertentu dan tugasan berulang supaya tugasan yang sama diarahkan kepada CPU akan menjadi lebih lancar.

TDP (Thermal Desing Power)

Jumlah watt yang CPU gunakan. Lagi tinggi watt, makin tinggi prestasi CPU tersebut. Walaupun begitu, ia akan menyebabkan penghasilan haba yang lebih banyak.

vPro

Ciri pengurusan jarak jauh yang siap terbina di dalam CPU. Ia dicipta untuk ahli korporat jabatan IT. Laptop untuk perniagaan atau profressional yang biasanya ada vPro dalam CPU mereka. Kalau pengguna biasa macam saya, tak ada dan tak perlu pun untuk ciri ini.

Barisan CPU (Dari Prestasi Tinggi ke Rendah)

Xeon E : Kegunaan Pereka Professional

Bagus untuk : Golongan professional seperti jurutera, saintis dan pereka grafik.
Lemah dari segi : Jangka hayat bateri, sangat mahal dan sangat berat untuk sebuah laptop.

Laptop yang ada CPU Xeon E mampu untuk membuat pengiraan 3D dan simulasi kompleks dalam software yang digunakan oleh saintis dan juruteta. Nak membaca processor Xeon agak berbeza. 'v6' di belakang nama CPU ini menunjukkan ia generasi ke 7. Kesemua Xeon CPU memiliki ciri vPro.
Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)
Contoh CPU Siri Intel Xeon E3 (4-core 8-thread)

HQ & HK : Quad-core, Berprestasi Tinggi

Bagus untuk: Gamers, professional dan pengguna tegar
Lemah dari segi : Mudah alih, mahal dan jangka hayat bateri

Jika anda seorang yang mementingkan prestasi CPU yang sangat pantas dan membuat banyak kerja-kerja berat dalam satu masa, CPU jenis HQ dan HK merupakan pilihan yang paling sesuai untun anda. Processor HQ mempunyai minimum 4-core 4-thread. Jika i7 HQ, maknanya ia mempunyai 4-core 8-thread.

Perbezaan HQ dan HK tidak banyak. Berdasarkan apa yang saya tahu, HQ processor telah dikunci kelajuan frekuensinya kepada kelajuan tertentu. Jika HK atau K (i5-xxxx k), kelajuannya tidak dikunci dan anda boleh 'overclock' kelajuannya melebihi maksimum turbo jika anda mahukan. TETAPI, jika anda benar-benar tahu apa yang anda buat, dan anda tahu kenapa anda perlu overclock, baru saya sarankan. Saya sendiri belum pernah mencuba ciri overclock ni.

Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)
Contoh CPU Siri Intel Core HQ & HK (4 cores)

Siri U : Dual-Core, Prestasi Sederhana

Bagus untuk: Produktiviti, kegunaan harian, jangka hayat bateri lama
Lemah dari segi : Gaming, animasi professional

Jika anda mencari laptop biasa untuk produktiviti harian dengan prestasi yang mantap, jangka hayat bateri yang lama dengan sekali cas, maka Intel siri U ini sesuai untuk anda. Tetapi beringat ya, ia kurang sesuai untuk kerja-kerja professional seperti meng-edit video (contoh: Sony Vegas). Kerana software sebegitu memerlukan core yang banyak dalam satu tugasan untuk CPU.

Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)
Contoh CPU Siri Intel Core U (2 cores)

 Siri Y & Core m : Rekaan Tanpa Kipas, Prestasi Lemah

Bagus untuk: Mudah alih bagi orang yang selalu bergerak, sangat ringan
Lemah dari segi : Jangka hayat bateri, multi-task

Ketika anda mencari laptop, saya sarankan berhati hati dengan Siri Y. Anda akan nampak processor yang bagus di hadapannya seperti Core i5 dan Core i77 atau Core m3, m5 dan m7. Processor Siri Y mempunyai TDP sebanyak 4.5 watt, sebab itu CPU siri ni boleh dimasukkan ke dalam laptop tanpa kipas. Walau begitu, laptop yang dilengkapkan dengan  CPU ini mempunyai kapasiti bateri yang rendah & skrin sentuh yang memerlukan kuasa tinggi.  Maka, ia akan menyebabkan bateri laptop itu cepat habis berbanding laptop yang dilengkapkan processor lebih berkuasa (siri U).

Mungkin agak rumit untuk diceritakan secara umum. Contohnya, Acer Spin 7 mempunyai  CPU Core i7-7Y75 dan baterinya yang penuh mampu bertahan selama 6 jam 53 minit dengan permarkahan sebanyak 5,777 ketika diuji dalam ujian prestasi Geekbench. (Avram Piltch, 2017)


Manakala, HP Spectre x360 yang mempunyai CPU Core 17-7500U (beratnya hampir sama dengan Acer Spin), mampu bertahan selama 10 jam daripada bateri yang penuh Pemarkahan Geekbench pula sebanyak 8,147. (Avram Piltch, 2017)

Manakala, harga kedua kedua  produk bandingan ini hampir sama (RM 5,000). Ini berdasarkan model bandingan yang diuji oleh Avram Piltch.


Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)
Contoh CPU Siri Intel Y Core m (2-core 4-thread)

Celeron & Pentium : Laptop Budget Rendah (Rm 1000 - Rm1500)

Bagus untuk: Melayari internet, tugasa biasa seperti Microsoft Word
Lemah dari segi : Gaming, kerja multi-task dan penghasilan video

Jika anda mencari laptop murah, maka cari lah laptop yang dilengkapi Intel Celeron atau Intel Pentium. Laptop dalam lingkugan harga ini amat sesuai untuk melayari internet dan menyiapkan tugasan di universiti. Tetapi kalau pelajar jurusan komputer atau jurutera, saya x syorkan untuk ambil laptop yang ada CPU ni. Sejujurnya ia membazir, simpan lagi rm500 anda boleh dapat  Intel Core i5 U. Atau pergi dapatkan CPU AMD A Series (A8 & A10) jika anda seorang penyunting video. Walaupun terdapat Celeron memilik 4 core, prestasinya masih tidak setanding i3 dual core.


Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)
Contoh CPU Siri Intel Pentium  & Celeron

Atom : Jangka Hayat Bateri Lama, Prestasi Rendah

Bagus untuk: Menjimatkan duit, jangka hayat bateri dan ringan
Lemah dari segi : serius produktiviti dan multi-task

Intel Atom merupakan CPU yang paling murah dalam barisan produk processor Intel. Kebiasaanya boleh dijumpai dalam tablet atau laptop yang sangat murah. Kebanyakkan Intel Atom ni mempunyai 4-core dan kuasa yang sangat rendah. Dengan itu, jangka hayat bateri laptop tersebut mampu bertahan lama tetapi berprestasi rendah. Laptop jenis ini biasanya  digunakan sebagai laptop kedua, dan diberikan kepada kanak-kanak. Ye lah, siapa yang nak guna laptop berprestasi rendah sedangkan kita perlu siapkan kerja dengan cepat, betul?

Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)
Contoh CPU Siri Intel Atom

Grafik Integrated

Saya menggunalan term 'intergrated' kerana ia lebih mudah untuk difahami dan dijumpai dalam helaian spesifikasi. Semua processor Intel disertakan dengan GPU (Graphical Processing Unit). Untuk siri Intel Core, GPU dinamakan sebagai Intel HD Graphics. CPU generasi ke-7 akan mempunyai  GPU yang nombornyya bermula dengan nombor 6. Contoh, Intel HD Graphics 620 terdapat di dalam Intel Core i7.

Kalau CPU Xeon ataupun CPU yang direka khas untuk kegunaan grafik tinggi, biasanya disertakan dengan Intel Iris Plus GPU. Grafik intergrated ini sudah mencukupi untuk kegunaan grafik biasa seperti melayari internet, memainkan klip video, menyunting video dan gaming pada resolusi atau detail rendah. Kalau anda nak menggunakan grafik tinggi, animasi professional dan gaming pada detaiil serta resolusi tinggi, dinasihatkan untuk mencari laptop yang mengandungi kad grafik yang terasing daripada CPU (atau dikenali sebagai Dedicated GPU) seperti nVidia atau AMD.

Pemilihan Komponen Lain

CPU yang power tidak bermakna ia akan membuatkan laptop  anda berprestasi seperti yang anda inginkan. Tidak bermakna juga jika anda membelanjakan duit yang lebih unuk mengejar Intel Core i7 sedangkan jika anda boleh membelanjakan jumlah yang sama untuk dapatkan Intel Core i5 bersama SSD (Solid State Drive), sejenis simpanan keras yang lebih laju berbanding cakera keras atau HDD (Hard Disk Drive). SSD memilik kelajuan membaca dan menulis lebih 4x ganda berbanding HDD. Nak tahu lebih lanjut? Stay tuned ;)

Dekat Mana Nak Dapatkan Laptop Dengan  CPU Ni?

Untuk dapatkan CPU  yang saya sebutkan di atas ni, anda boleh dapatkan disini :

Intel Celeron


  1. Dell Inspiron 14 3462, RM 1,436
  2. Acer Aspire ES1-432, RM 1,388
  3. Acer Swift 1, RM 2,098

Intel I3

  1. Dell Vostro 14 V3468, RM 2,339
  2. Asus ZenBook UX430U, RM 3,449

Intel I5 (7th Gen)

  1. Lenovo Ideapad 320, RM 1,999 (Tiada Windows)
  2. Lenovo Ideapad 510S, RM 2,289
  3. HP 15-BS641TX, RM 2,349
  4. Asus VivoBook X441U, RM 2,299
  5. Acer Aspire 5 A515, RM 2,374 (Best Value Laptop)

Intel I7 (7th Gen)

  1. Dell Inspiron 15 5567, RM 3,340
  2. Dell Insoiron 14 3467, RM 2,639
  3. Asus A556U, RM 2,289
  4. Lenovo Legion Y520 Gaming, RM 2,999 (No Windows) 
  5. HP Pavillion 15 AU137TX, RM 3,349
  6. Lenovo IdeaPad 520, RM 3,499 (Last Item)

Intel CPU Generasi Ke-8



5 comments:

  1. Terima kasih untuk maklumat di atas, kalau boleh saya nk tanya... Saya akan memulakan asasi law tahun ni, ada orang nasihatkan saya pilih i5 tetapi bila dh baca review and semua maklumat yg ada, saya rasa i5 ni untuk org yang aktif dengan laptop for video editing and gaming. Saya belum mula pun asasi dan saya keliru nak pilih yg mana �� Kalau boleh nk yg murah dan tahan lama, harap tuan bileh bantu saya ����

    ReplyDelete
  2. Gigahertz. Megahertz. That is, the speed at which it can execute each instruction and synchronize each computer part. The differences between DDR3 and DDR4 RAM

    ReplyDelete
  3. terima kasih. info yg berguna. sy nak cari laptop khas untk simpan n tgk movie. ble bagi suggestion tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry for the late reply, a lot has happened to my account. Saya harap awak dah dapat laptop yang sesuai

      Delete
  4. terribly sorry for the late reply. Sebab phone lama saya dah rosak and I lost a lot of information there. Harap awak dah dapat laptop yang sesuai dan bahagia dalam perjalanan degree.

    ReplyDelete