Header Ads

Tips Memilih Laptop #2 - GPU (Intel VS Nvidia VS AMD)

Tips Memilih Laptop #2 - GPU (Intel VS Nvidia VS AMD)


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca saya...

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ni yang saya akan menulis entri bersiri pada oktober lepas. Maaf menunggu agak lama untuk entri seterusnya ni, agak sibuk sikit di hujung semester.

Okay tanpa membuang masa, mari kita terus masuk ke-dalam bahagian Graphical Processing Unit (GPU) ni. GPU berfungsi untuk memapar, memproses atau menghasilkan imej di laptop anda. Tanpa GPU, skrin anda tidak akan menyala seperti mana yang anda sedang membaca entri ini.

Dalam industri komputer, ada 3 jenama yang popular (saya tak pasti ada jenama lain selain 3 ini) iaitu Intel, Nvidia dan juga AMD. GPU terbahagi kepada 2 jenis iaitu Integrated GPU (I-GPU) (terletak di dalam CPU), dimana ia akan berkongsi memori dengan CPU. Manakala Dedicated GPU (D-GPU) (asing daripada CPU) mempunyai memorinya sendiri.

Dapat sesuatu tak? Maksudnya, Dedicated GPU lebih power daripada Integrated GPU !

Ada 3 kelas GPU : Asas, Gaming, dan Workstation

Sudah tentu kelas gaming dan workstation ni lebih mahal sebab ia untuk pengguna tegar dalam industri komputer. Gaming GPU untuk gamers yang memerlukan laptop mereka mampu memproses imej dengan kualiti yang tinggi supaya mereka dapat mencantas gerakan musuh secepat mungkin. Workstation GPU pula untuk golongan profesional seperti arkitek, jurugambar dan pereka grafik.

Tetapi untuk entri kali ni, saya akan cover untuk GPU asas dan gaming.

GPU Asas 

(I-GPU)

Kebiasaanya, cuma 2 syarikat yang menghasilkan I-GPU ni iaitu Intel dan AMD. I-GPU bukan sesuatu faktor yang anda perlu risaukan jika anda hanya mengguna perisian yang simple macam Microsoft Office sebab semua I-GPU mampu untuk memproses tugasan tu.  Menyunting video & mereka grafik secara asas sudah mencukupi dengan menggunakan I-GPU.

(D-GPU)

D-GPU tidak dikeluarkan oleh intel, tetapi hanya Nvidia dan AMD saja yang bersaing secara sengit dalam memasarkan D-GPU ni. Untuk gaming dalam AAA title dengan low setting, D-GPU asas ni belum tentu boleh run applikasi tersebut sebab spesifikasi dia sangat rendah. Kalau title yang biasa seperti Darksiders, ia boleh run tanpa lag. Untuk menyunting gambar dan video dengan resolusi yang rendah (720p), maka ia sesuai untuk anda. Bagi laptop, antara D-GPU asas yang berbaloi untuk hujung tahun 2017 ni adalah : ( Nama - Skor G3D Mark )

  1. GeForce 910M    - 476
  2. GeForce 920M    - 658
  3. GeForce 920MX - 694
  4. GeForce 930M    - 707
  5. GeForce 930MX - 931
  6. Radeon 520         - 633
  7. Radeon 530         - 1110
Antara laptop yang dipasang dengan GPU di atas ni adalah:
  1. Lenovo IDEAPAD 320 ,RM 1,899 (GeForce 920MX)
  2. Lenovo IDEAPAD 320, RM 1,699 (Radeon 530)
  3. Asus VivoBook Max X441U, RM 1,949 (GeForce 920MX)
  4. Asus VivoBook X441U, RM 2,099 (GeForce 930MX)
Untuk bajet yang rendah, saya mencadangkan anda dapatkan laptop yang dipasang dengan Radeon 530. Sebab harga ia lebih rendah dan performance nak dibandingkan dengan GeForce 930MX. Secara umumnya, AMD menghasilkan produk yang lebih perform, tetapi harga dengan lebih rendah dan consume elektrik yang lebih sedikit.

GPU Pertengahan (Bajet Nilai Terbaik)

Saya sangat mencadangkan anda semua untuk simpan duit lebih sikit dan dapatkan laptop yang dipasang dengan GPU ini. Antara GPU kelas pertengahan ialah : ( Nama - Skor G3D Mark )
  1. GeForce 940M           - 962
  2. GeForce 940MX        - 1253
  3. GeForce 945M           - 1521
  4. GeForce NV MX150 - 1950
Antara laptop yang dipasang dengan GPU di atas ni adalah:
  1. Acer Aspire E14 E5-475G-55BD, RM 2,259 (GeForce 940MX)
  2. Acer Aspire E14 E5-476G-54G4, RM 2,328 (GeForce NV MX150)
  3. HP Pavilion x360 14 BA063TX, RM 2,499 (GeForce 940MX)
  4. Lenovo Ideapad 320, RM2,581 (GeForce NV MX150

GPU Budget Gaming

Untuk gamers yang tengah tight-budget tapi perlukan laptop untuk optimum gaming experience, saya mencadangkan anda untuk cari laptop yang ada GPU ni:

  1. GTX 950M   - 1742
  2. GTX 960M   - 2077
  3. GTX 1050     - 4385
  4. GTX 1050TI - 5757
  5. RX 550          - 3562
  6. RX 560          - 4746
Antara laptop yang dipasang dengan GPU di atas ni adalah:

GTX 950M

  1. Acer Aspire VN7-572G-57N0, RM 2,699 
  2. Acer Aspire F5-573G-58YP, RM 2,859 
  3. Asus ROG GL552V, RM 3,489

GTX 960M

  1. Acer V Nitro VN7-592G, RM 3,699
  2. Dell Inspiron 15 7559, RM 3,799
  3. MSI PE70 6QE, RM 3,969

GTX 10-Series

Okay, yang ni special nak dibandingkan dengan GPU yang lain. 9xxm-Series merupakan GPU yang direka khas untuk laptop. Jadi, performance dia akan drop sebanyak 50% atau mungkin juga lebih. Misalnya, skor GTX 960 adalah 5803, tetapi GTX 960m hanya 2077. Lebih separuhkan performance drop dia? Saya highly recommend  untuk anda semua save duit sikit dan dapatkan GPU Nvidia 10-series. Sebab laptop yang menggunakan GPU ni sama performance dia dengan dekstop.

GTX 1050

  1. Acer Nitro 5, RM 3,099
  2. HP Omen 15 2017, RM 4,340
  3. MSI GL62M, RM 4,637.50
  4. Lenovo Legion Y520, RM 3,999
  5. Asus ROG GL553V, RM 4,469

GTX 1050ti (25% better)

  1. Asus ROG GL553V, RM 5,109
  2. Dell Inspiron 7577, RM 5,399
  3. Lenovo Legion Y520, RM 4,919
  4. MSI GL62M, RM 4,452

GPU Terbaik untuk FHD Gaming

Kalau menggunakan GPU 1050ti ke bawah, anda boleh play game AAA title dengan setting high dan cecah 60 FPS tanpa masalah. Tetapi, untuk setting ultra, kebiasaanya anda akan dapat FPS dalam sekitar 40, sebab kemampuan GPU tak mencukupi. Kalau anda nak setting ultra & cecah 60 FPS pada resolusi 1080p, saya mencadangkan laptop dengan GPU GTX 1060

GTX 1060 G3D Mark Score - 8789

GTX 1060 (GPU Terbaik untuk VR)

  1. Illegear Z5, RM 5,999
  2. Illegear Z7, RM 6,299
  3. Acer Predator Helios, RM 5,588
  4. MSI GE63VR, RM 6,665
  5. Acer Aspire V Nitro 17, RM 6,499
Kalau anda bercadang untuk membeli laptop dengan GPU selain yang saya sebut kat atas ni, dan anda tak tahu tahap performance dia, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Jangan lupa untuk kongsikan tips ini dengan rakan-rakan anda di Facebook, Twitter dan Instagram ;)

Sekian sahaja untuk entri bersiri kali ni, nantikan entri yang seterusnya :
Tips Memilih Laptop #3 - RAM (Random Access Memory)

Senarai Post Bersiri ini :

  1. Tips Memilih Laptop #1 - CPU (Intel)
  2. Tips Memilih Laptop #2 - GPU (Intel VS Nvidia VS AMD)
  3. Tips Memilih Laptop #3 - RAM (Random Access Memory)
  4. Tips Memilih Laptop #4 - Hard Drive
  5. Tips Memilih Laptoo #5 - Kombinasi Terbaik Mengikut Kegunaan

1 comment:

  1. Great job for publishing such a beneficial web site. Your web log isn’t only useful but it is additionally really creative too. There tend to be not many people who can certainly write not so simple posts that artistically. Continue the nice writing Acer nitro 5 gaming laptop review

    ReplyDelete